Saturday, 25 June 2011
MAKLUMAT KEPADA PELANGGAN KAMI
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kami terhadap anda dan rasa syukur kami ucapkan kepada semua yang pernah melayari laman web Delimabirusakti ini. Kami mengakui sememangnya ramai yang menelefon dan menghantar SMS kepada kami dengan tujuan mendapat maklumat lanjut dan mahu memindah milik barangan yang terdapat di dalam laman web kami ini. Namun keterbatasan waktu dan kesibukan rutin harian kami menyebabkan kami tidak dapat memuaskan hati semua pihak yang menghubungi kami pada waktu-waktu yang tertentu. Sdr Indera Sapri mempunyai rutin harian iaitu kerja dalam bidang perubatan, keilmuan, kerja-kerja sosial ( kebajikan ) dan rutin harian umum seperti manusia yang lain. Kami memohon jutaan kemaafan andai SMS atau panggilan anda tidak dapat di jawab setiap kali anda menghubungi kami. Hakikatnya secara rutin, Sdr Indera Sapri perlu melayani berpuluh-puluh panggilan ( Kadang-kadang ratusan ) SETIAP HARI dan begitu juga dengan SMS. Jika panggilan anda tidak dapat diangkat oleh kami, maka dinasihatkan supaya anda menghantar SMS atau menghubungi kami sekali lagi dan melalui EMAIL. InsyaAllah anda tidak dihampakan oleh pihak kami...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment